Review Movie DARK SHADOW




Hello peeps!!
Tengah fikir nak tengok wayang cerita apa??
Saya cadangkan awak semua tengok cerita Dark Shadow !
Oh ketam! Cite ni best dan kelakar i tell u! =P

Pelakon utama ialah Johnny Depp, ha mahu tak gempak kalau dah mamat tu yang berlakon kan. =P


Ini bukti ni bukti aku tengok Dark Shadow
hehehe



REVIEW
Cerita ni mengisahkan macam mana kehidupan Johnny Depp ni beratus tahun dahulu, dia merupakan seorang yang kaya sebab ada buat business, keluarga dia terkenal taw. Tapi dia ni kaki perempuan, sampai ada sorang perempuan ni memang syok gila vivas kat dia, tapi Johnny Depp cintakan perempuan lain. Disebabkan cinta yang tak berbalas perempuan tu jadi jahat dengan bunuh perempuan yang Johnny Depp suka tu then sumpah Johnny jadi Vampire dan kunci dalam keranda selama beratus tahun. Bayangkan vampire yang dah beratus tahun tidur bangun dan menghadap dunia luar. Sangat kelakar! Johnny Deep bangon sebagai vampire dan menyamar jadi manusia dan masok dalam keturunan dia balik. Dia cuba untuk kembalikan hak dia dan keluarga dan membalas dendam kat perempuan jahat tu.


Eh aku ni tak reti nak bercerita kalau korang nak tahu, pergi la tengok sendiri ea, memang best dan kelakar.



jadi vampire pon still handsome =P









Pandangan anda amat dihargai

Persembahan Kuda Kepang & Barongan #2



Sambungan entri yang INI...

Aktiviti pada hari pertama kitowang di Homestay Kampung Parit Bugis diteruskan lagi dengan persembahan kuda kepang dan barongan pada waktu malam. Kuda kepang memang dah menjadi adat orang Johor cuma barongan ni ape mende alah pon aku tak tahu, ni pertama kali aku dengar..

Sebelum persembahn dijalankan lecturer kitowang ada cakap yang this is the real kuda kepang, means bukan kuda kepang yang biasa kita tengok time majlis tu aw.. ni kuda kepang yang real, yang ada pemujaan, asap, rasuk merasuk dan so on la..

So perasaan excaited kitowang pada awal nya teros tukar jadi takot, siap ada yang tak nak tengok, menyorok bagai.HAHAHA

Persembahan malam tu bermula dengan mengasap ape mende tah, aku pon tak faham, dari pemerhatian aku, ahli-ahli kuda kepang seolah-olah sedang membaca jampi dan memagar kawasan persembahan.
*serius ketam kitowang seram!! =|


Ni adalah kumpulan pakcik-pakcik yang memainkan alat muzik
traditional, SERIUS! alunan muzik dia sangat best dan mengasyikkan 
i tell u =)


Bersama classmates yang teruja dan takot pada masa yg sama
Ada ura2 yang cakap, dilarang pakai baju merah waktu tengok persembahan
kuda kepang sebab nanti akan dipanggil..
tengok situ aku pakai baju warna apa!!
(T__T)



persembahan dimulakan oleh 3orang gadis Kampung Parit Bugis
yang menari kuda kepang..
comel-comel semuanya
(^^")

Ha ini lah yang dinamakan BARONGAN!
Si Pemain akan memasokkan kepala dalam benda tu,
mengigit dan menari sambil mengikut rentak dan alunan muzik,
tengok muka barongan tu je cukup la!
Scary kan!!
=|

That guy yang berpeluh2 tu lah yang main barongan,
hensem kan? =p
dan itu Amirul, classmate aku mencuba untuk main barongan,
tapi tak larat okeyh sebab benda tu terlalu berat..
imagine macam mana guy yang handsome ni main??
=|

kalau nak tahu sedikit sejarah pasal Barongan klik SINI


ni barisan pemain kuda kepang yang lelaki,
diowang ni kira pemuda-pemuda kampung Parit Bugis,
sebelum memulakan persembahan, diowang "mengasap" kan dulu kuda kepang
dekat asap kemenyan.


persembahan bermula,
mengikut rentak dan sebatan tali cemeti diowang menari,
tapi setiap sebatan tali cemati tu buat aku terperanjat berok tahu!!
kuat giler bunyi dia


Ha! ni plak bila salah seorang pemain kuda kepang tadi dah mula meracau,
menurut orang-orang kat situ, "mambang" dah masok dalam badan dia,
bunyi macam kelakar kan?? tapi its true babe..








Ni antara aksi-aksi mereka malam tu, banyak actually tak ter upload den,
ramai antara gang diowang kena rasuk dek mambang,
kami ingat diowang ni menipu aw,
but fikir-fikir balik boleh ke orang waras kopek kelapa pakai gigi?
makan kaca? lompat dan baring atas kaca?


ni part paling lawak, ketakotan yang kitowang rasa yang kononnya
siapa pakai baju merah akan dipanggil oleh penari kuda kepang,
berakhir dengan ni, persandingan dua orang budak kitowang,.
hahahahahha serius kelakar time ni! 


Mamat dua orang ni pun bukan betol, dah kena sampuk jugak,
tapi cara dia kena sampuk tu kelakar,
dia buat lawak! diowang cakap kena sampuk dengan mambang kelakar
hahaha

So ni ialah pengalaman pertama aku menyaksikan the real kuda kepang and barongan, perasaan teruja bertukar menjadi takuuut kemudian jadi seronok dan pastu jadi kelakar. Memang best giler dapat pengalaman macam ni! Bagi sesiapa yang tengah mencarik homestay best kat Johor, sini la tempat nya, Homestay Kampung Parit Bugis =)

Next entri lawatan kami ke Tempat Buat Gasing dan Ladang Nenas =)


Thanx =)











Pandangan anda amat dihargai

Homestay Kampung Parit Bugis #1



Dear friends !!
Hello!!

Assalamualaikum...

Hari ni nak update sikit aktiviti aku two weeks ago., basi tak basi, aku update je la. Kesian blog ni.

Pada 27hb April class aku untuk subjek Consumer Behavior ada organize satu aktiviti bersama Keluarga Angkat di Homestay Kampung Parit Bugis Muar, Johor. Objektif utamanya lecturer bawa kitowang semua ke sini untuk buat research berkaitan dengan consumer behavior, tapi bila dah sampai sama semua excaited terlebih sampai lupa esaimen.huhu

Secara keseluruhannya program ni memang best, banyak pengalaman dan ilmu yang kitowang semua dapat =)

Tengok gambar jom!!


Ketibaan kami sehingga menganggu jalan raya
huhu



Masing-masing bawak bag macam nak menetap setahun,
especially yang depan sekali tu..
=.='


insiden tak di ingini berlaku, bila beg beso aku menghempap
kak sue si tudung merah tu!! 
pogive me kak sue! oh plessss =P




Kami semua berkumpul di hadapan rumah Ketua Kampung,
dan yang lelaki pergi solat Jumaat
*tak boleh skip sbb perjalanan tak sampai 90marhalah*
hahaha


After that, Ketua Kampung yang seolah-olah memahami yang perot kami
sedang berdondang sayang pon jemput kami makan
=)


Ini merupakan saat yang kitowang semua paling TAKOT!!
ohhh serius ketam! Aku sangat berdebar..
waktu ni adalah pengumuman siapa Mak dan Ayah angkat
kitowang untuk 3hari 2malam..
=|





dan AKHIRNYA... ini lah keluarga angkat aku..
hujung belah kiri Daddy Angkat I,
sporting babe!


Mendengar sedikit taklimat dari Ketua Kampung,
Hampir 90% penduduk kampung sini ialah keturunan JOWO,
so bahasa utama kat sini jugak ialah JOWO


Kami sempat berkunjung ke pusat perusahaan Kraf Tangan 
dari tempurung kelapa


Aku sempat mencuba memotong tempurung kelapa,
ohh demm! susah weii..
tengok posisi aku pon dah macam gangster 
=.='


Ohh sampai sini sahaja lah, later cite lagi pasal aktivi di Homestay. Tak larat nak upload pic..hehehe









Pandangan anda amat dihargai

Selamat Pengantin Baru Ucu


Aku hidup dan mati kerana Allah SWT..
Sepanjang kehidupan aku sejak dilahirkan Ucu dan Atok menjadi penyeri hidup,
Dibawah payung mereka berdua aku berteduh,
Aku berlindung, aku bermain dan aku membesar,


Mereka cuma Atok dan Ucu pada nama,
hakikatnya tanggungjawab yg mereka pikul sejak 21tahun yg lepas,
lebih dari tu seperti Ibu dan Ayah...


4hb May, Ucu telah pon sah menjadi isteri kepada seorang lelaki yang dia cintai,
Sepanjang persiapan dibuat, aku tak menunjukkan perasaan teruja atau gembira,
sampai ucu tanya aku : "Kau suka ke tak Ucu nak kahwin?"
Aku cuma senyap...
Jawapan sebenar ada dalam hati.. "Ain suka, gembira,. tapi nanti Ucu tinggalkan Ain "
Aku pendamkan aje perasaan tu, aku tak suka tunjuk rasa sedih depan dia..


Bila tiba hari pernikahan,
Aku busy kan diri aku buat kerja lain,
Rewang, kemas rumah.. aku jauhkan diri dari Ucu..
Ucu make up aku tak tengok pon..
Waktu upacara akad nikah sedang berlansung,
berkali-kali aku bangon untuk ke dapur kerana tak tahan sebak..
Aku tak nak menitiskan air mata depan Ucu,
Tak nak dia nampak aku menangis.....
Akhirnya Ucu sah menjadi seorang isteri,
Menitis jugak air mata,. namun sempat aku melarikan diri...


Keesokkan hari nya pun sama..
Aku busykan diri buat kerja-kerja lain..
Tak tengok pon ucu make up semua..
Waktu berarak, waktu bersanding, waktu tepung tawar, waktu makan beradap,
Aku duduk jauuuhhhhh... konon-konon melayan tetamu,
tapi yang sebenarnya aku jauhkan diri tak nak mengalir air mata..


Kini komitmen Ucu bukan lagi untuk aku sepenuhnya,
Dia dah ada suami dan keluarga mertua..
Kalau selama 21tahun aku tidur dengan Ucu sekarang dah tak boleh,
dengan siapa aku nak bersandar kalau aku takot?
Dengan siapa aku nak bercerita sebelum aku tidur?
Dengan siapa aku nak pelok kalau aku sejuk?
Barang-barang aku pon kena keluarkan dari bilik tu...
*kesat air mata* sob sob sob


Sebenarnya aku tak wish Selamat Pengantin Baru pon kat Ucu,
bukan tak nak wish, tapi tak terluah!

Kak Yan dan Ucu
Gambar aku berdua dengan Ucu pon tak ada aw,
sob sob sob



So wish kat sini je lah SELAMAT PENGANTIN BARU UCU,
sekarang tiba la masa Ucu untuk hidup bahagia,
setelah susah payah membesarkan Ain selama 21tahun,
DAN kalau Ucu baca entri ni tolong jangan cakap dengan ain yg Ucu baca,
Buat tak tahu je ea...=P

Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat,
Ain tetap doakan yang terbaik untuk Ucu,
AND plezzz syg ain lebih dari pakcik ea??
Boleh tak.... =(


OK BYE!!









Pandangan anda amat dihargai

How To Make Kimbap ??



Entri aku yang sebelom ni pasal Kimbap in Da House,
ramai jugak yang bertanyakan resepi..
so aku teros mintak resepi kat jiran,
dan ini ialah resepi dari dia..
cekidout ! =)

Bahan-bahan;
Seaweed
Nasi putih yang baru masak
Garam
Gula
Minyak Olive

Cara-cara nya;
1. Gaulkan nasi putih yang baru masak tadi dengan garam, gula dan olive oil secukup rasa.



2. Bentang seeweed dan letak kan nasi atas seeweed tu.



3. Letak bahan-bahan extra yang lain atas nasi cnth: timun, telor, carrot, tuna.


4. Gulungkan nasi dengan seewed tadi.

5. Kemudian potong la kecik2 macam lemang tu =P


Senang je kan?? *macam aku yang buat hehehe
Jom try cuba test okeyh!





Pandangan anda amat dihargai

Kimbap In Da House !!


Hye peeps!!

KIMBAP in Da House bebeh!
but not my house, my jiran punya house..hahaha
Siapa layan Korea for sure tahu Kimbap tu ape kan? =D



cc : Izyan Dzul

Jiran aku memang baik hati,
kalau diowang ada buat makanan yang pelik2 sedap,
mesti akan dihulur ke rumah aku,
kadang2 siap ajak aku buat sesama..
memang jiran yg AWESOME !!

My 1st time makan kimbap,
Memang sedap bila dah masok mulut,
aku siap cecah sos lagi makan..
hahahaha



Mekasih JIRAN =)




Pandangan anda amat dihargai

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

fully designed by :yoUnique nurdani ©2011 All Rights Reserved